Archive for the ‘Tips Laman Web’ Category

Link for Bookmark / Bookmark menggunakan link

Friday, February 27th, 2009

Salam,

This is simple example using javascript to create a link for bookmark your website.
Ini merupakan contoh mudah membuat link untuk pengunjung bookmark laman web anda.

Paste this code in after and before
<script type="text/javascript">
function bookmark(address,sitename) {
if (window.sidebar) {
window.sidebar.addPanel(sitename, address,"");
} else if( document.all ) {
window.external.AddFavorite(address, sitename);
} else if( window.opera && window.print ) {
return true;
}
}
</script>

And paste this code for create the link.

< a href="#" onclick="bookmark('http://www.hujungjari.com/','Hujung Jari')">Bookmark our site!< /a>

Online dictionary / Kamus Online (Malay – english – Melayu)

Tuesday, February 17th, 2009

Salam,

One of most popular online dictionary to tranlate english to malay. online dictionary

Antara kamus yang popular dalam menterjemah bahasa inggeris kepada bahasa melayu.kamus online

online dictionary

Jana pendapatan dengan Google Adsense.

Sunday, May 6th, 2007

Apa Google Adsense?

Ini adalah pengiklanan PPC (Pay-Per-Click). Bila ada pelanggan yang melayari laman web kita dan klik pada Iklan-Iklan Google yang kita masukkan, Google akan membayar kepada kita bayaran mengikut kadar yang telah ditetapkan. Bayaran ini adalah berubah-ubah mengikut iklan.

Potensi pendapatan melalui Google Adsense.
Jika kita anggarkan setiap laman web yang mempunyai 100 mukasurat boleh mendapat USD 1, jika kita mahukan USD 30 setiap hari, anda memerlukan 30 laman web dengan kadar 100 mukasurat setiap laman web. Jumlahnya 3,000 mukasurat laman web diperlukan.

Jika andaian ini berlaku, USD 30 x 30 hari
= USD 900 sebulan.

USD 900 x 3.8 = RM 3,420.00 sebulan
dari laman web anda.

Ini semua anda dapat melalui laman web. Apa kerja anda? Anda cuma promosikan laman web anda kepada kawan-kawan dan hantar ke SEARCH ENGINE sebanyak dan sekerap yang mungkin.

Andaian pendapatan di atas mungkin melebihi USD 30 sehari hasil pengalaman mereka-mereka yang telah menceburi bidang ini. Malah ada yang mendapat USD 100 sehari. Mungkin juga kurang dari apa yang kita jangkakan. Tidak ada sebarang jaminan untuk jumlah pendapatan yang dicontohkan.

So, saya baru nak berjinak-jinak dengan google adsense ni. Pertama saya ialah :
1-stop-affiliate.com

Sesiapa yang ingin mendaftar Google Adsense boleh klik pada banner di bawah.


Nak website dengan nama sendiri

Sunday, January 21st, 2007

Salam,

Sudah semestinya anda mahukan website sendiri dengan nama domain sendiri. Mungkin dengan nama_anda.com atau nama_bisnes_anda.com. Sebelum itu tahukan anda keperluan-keperluan yang mesti ada.

Mudah sahaja. Apa yang anda perlukan cuma 2 perkara iaitu web hosting dan nama domain.

Apakah web hosting?
Web Hosting adalah penyewakan ruangan hard disk dan kemudahan server untuk menempatkan dokumen-dokumen web Anda (fail html, php, database, audio, video, dan sebagainya). Bolah dikatakan tempat penyimpanan fail-fail yang berkaitan dengan website anda supaya boleh diakses oleh seluruh dinia.

Apakah nama domain?
Nama domain adalah sebuah nama yang ditentukan oleh anda sendiri dengan nama tersebut mempunya akhiran tertentu seperti : .com .net .org .info dan lain-lain. Nama domain tersebut semestinya tidak mengandungi ruangan (space), tanda baca dan maksimum huruf / angka adalah sebanyak 50 karakter.

Kelebihan mempunyai nama domain sendiri ialah ianya mudah untuk orang mengingati laman web anda dan anda boleh memilih nama mengikut citarasa anda. Dan kelebihan anda menyewa web hosting, anda boleh park nama domain anda tersebut.

Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan web hosting yang percuma, semua ini tidak dapat dilakukan. Tambahan pula web hosting percuma ini cuma boleh menerima laman web yang menggunakan fail .html sahaja. Tidak seperti web hosting berbayar yang boleh menerima bermacam-macam jenis fail seperti .php, .asp, .html dan selain daripada itu menawarkan kemudahan pangkalan data.

Rasanya sampai di sini dahulu. Oh ye, saya mencadangkan anda lawati web hosting ini. Ia menawarkan sewaan web hosting termurah di Malaysia dan anda boleh membeli terus nama domain dengan web hosting ini.

Anda boleh cuba : http://lamanmini.com

Sekian,
http://hujungjari.com

Page redirect

Wednesday, January 17th, 2007

Salam,

Ok, ini adalah artikel saya yang pertama, apa yang saya ingin kongsikan di sini ialah bagaimana jika kita nak redirect kepada mana-mana alamat web. Pelbagai cara boleh dilakukan. Di sini saya tunjukkan bagaimana perkara ini dilakukan dengan menggunakan HTML.

Langkah 1.
Create fail index.html(biasanya letak nama index.html, kerana server akan membaca fail index.html sebagai fail lalai atau default dalam sesuatu folder).

Langkah 2.
Edit fail tersebut dengan skrip HTML iaitu :
<meta content="0; url=http://hujungjari.com" http-equiv="REFRESH" />

Langkah 3.
Uji akses fail tersebut. Jika semua berjalan dengan lancar, fail tersebut akan redirect kepada laman web hujungjari.com.

Anda boleh ubahsuai, “content=0″ bermaksud redirect akan dilakukan serta-merta. Jika ditukar kepada “content=5″ membawa maksud, redirect dilakukan selepas 5 saat laman diakses.

“url=http://hujungjari.com” ialah ke mana tuju redirect. Anda boleh menukar ke mana-mana yang dikehendaki. Contoh : jika anda ingin redirect kepada laman web google, tukar kepada “url=http://www.google.com”.

Selaman mencuba.
http://hujungjari.com