Majlis Pelancaran Buku Terbitan MAPIM
Siapa MAPIM
Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia, singkatannya MAPIM adalah sebuah badan yang bergiat dalam pembangunan penerbitan ilmiah. Ahlinya terdiri daripada penerbit IPT awam, pusat penyelidikan, dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Jawatankuasa sementara telah ditubuhkan pada 11 Julai 1996 hasil daripada Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal DBP-IPT (5/96) yang diadakan di DBP Cawangan Sarawak. MAPIM dengan demikian berfungsi untuk membangun, mengembang dan menyelaraskan penerbitan ilmiah Malaysia dalam pelbagai bidang.
Majlis Pelancaran Buku Terbitan MAPIM
Pada 30 April 2007, MAPIM telah mengadakan pelancaran buku-buku terbitan MAPIM. Pelancaran ini cukup meriah dan pelancaran disempurnakan oleh Profesor Diraja Ungku Aziz untuk julung-julung kalinya.
Buku PHP dan Mysql terbitan Universiti Tun Hussein Onn Telah terpilih sebagai salah satu buku yang dilancarkan.
Terima kasih




One Response
