Nak website dengan nama sendiri
Salam,
Sudah semestinya anda mahukan website sendiri dengan nama domain sendiri. Mungkin dengan nama_anda.com atau nama_bisnes_anda.com. Sebelum itu tahukan anda keperluan-keperluan yang mesti ada.
Mudah sahaja. Apa yang anda perlukan cuma 2 perkara iaitu web hosting dan nama domain.
Apakah web hosting?
Web Hosting adalah penyewakan ruangan hard disk dan kemudahan server untuk menempatkan dokumen-dokumen web Anda (fail html, php, database, audio, video, dan sebagainya). Bolah dikatakan tempat penyimpanan fail-fail yang berkaitan dengan website anda supaya boleh diakses oleh seluruh dinia.
Apakah nama domain?
Nama domain adalah sebuah nama yang ditentukan oleh anda sendiri dengan nama tersebut mempunya akhiran tertentu seperti : .com .net .org .info dan lain-lain. Nama domain tersebut semestinya tidak mengandungi ruangan (space), tanda baca dan maksimum huruf / angka adalah sebanyak 50 karakter.
Kelebihan mempunyai nama domain sendiri ialah ianya mudah untuk orang mengingati laman web anda dan anda boleh memilih nama mengikut citarasa anda. Dan kelebihan anda menyewa web hosting, anda boleh park nama domain anda tersebut.
Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan web hosting yang percuma, semua ini tidak dapat dilakukan. Tambahan pula web hosting percuma ini cuma boleh menerima laman web yang menggunakan fail .html sahaja. Tidak seperti web hosting berbayar yang boleh menerima bermacam-macam jenis fail seperti .php, .asp, .html dan selain daripada itu menawarkan kemudahan pangkalan data.
Rasanya sampai di sini dahulu. Oh ye, saya mencadangkan anda lawati web hosting ini. Ia menawarkan sewaan web hosting termurah di Malaysia dan anda boleh membeli terus nama domain dengan web hosting ini.
Anda boleh cuba : http://lamanmini.com
Sekian,
http://hujungjari.com
