Archive for January 17th, 2007

Page redirect

Wednesday, January 17th, 2007

Salam,

Ok, ini adalah artikel saya yang pertama, apa yang saya ingin kongsikan di sini ialah bagaimana jika kita nak redirect kepada mana-mana alamat web. Pelbagai cara boleh dilakukan. Di sini saya tunjukkan bagaimana perkara ini dilakukan dengan menggunakan HTML.

Langkah 1.
Create fail index.html(biasanya letak nama index.html, kerana server akan membaca fail index.html sebagai fail lalai atau default dalam sesuatu folder).

Langkah 2.
Edit fail tersebut dengan skrip HTML iaitu :
<meta content="0; url=http://hujungjari.com" http-equiv="REFRESH" />

Langkah 3.
Uji akses fail tersebut. Jika semua berjalan dengan lancar, fail tersebut akan redirect kepada laman web hujungjari.com.

Anda boleh ubahsuai, “content=0″ bermaksud redirect akan dilakukan serta-merta. Jika ditukar kepada “content=5″ membawa maksud, redirect dilakukan selepas 5 saat laman diakses.

“url=http://hujungjari.com” ialah ke mana tuju redirect. Anda boleh menukar ke mana-mana yang dikehendaki. Contoh : jika anda ingin redirect kepada laman web google, tukar kepada “url=http://www.google.com”.

Selaman mencuba.
http://hujungjari.com